top of page

HUKUM BERSANDING

imageedit_2_2955209515 (1).jpg

Demi meraikan adat, Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan SYARAT:

 

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

 

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Amalan Yang Ditegah Di Majlis Perkahwinan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik - berdosa besar.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Jangan adakan kenduri walimah untuk menunjuk-nunjuk atau riak. Seperti mengadakan majlis kahwin sehinggaberhari-hari. Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang terlalu mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

​

8. Jangan ada sebrang unsur pembaziran dalam setiap aspek, sama ada pada makanan, pakaian, perhiasan dan lain-lain.

​

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Tips Majlis Perkahwinan Yang Berkat

1. Membetulkan niat bahawa majlis perkahwinan diadakan untuk mengumumkan perkahwinan antara mempelai dan sebagai tanda kesyukuran. Ia bukan majlis untuk bermewah-mewah atau menunjuk-nunjuk.

 

2. Pengantin memakai pakaian yang menutup aurat dan berhias secara sederhana.

 

3. Tidak sampai membazir pada pakaian, pelamin atau perhiasan majlis.

​

4. Menjemput golongan miskin dan asnaf zakat dan mintalah mereka doakan agar perkahwinan diberkati dan diredhai Allah sehingga ke akhir hayat.

​

5. Tidak melewatkan solat - aturcara majlis disusun agar pengantin dan tetamu dapat tunaikan solat di awal waktu.

​

6. Tidak mengadakan hiburan yang tidak menepati syariat seperti memainkan lagu-lagu yang tidak memberi manfaat atau menepati kehendak agama.

​

7. Mengelak berlakunya percampuran di antara lelaki dan perempuan terutama sewaktu majlis nikah.

 

8. Membaca selawat dan doa untuk pengantin dan para hadirin. Moga-moga para malaikat turut mendoakan keberkatan untuk pengantin yang diraikan.

​

9. Pengantin turut bersalaman dengan para hadirin (dengan menjaga syariat pergaulan), mengucapkan terima kasih dan menjalinkan ukhwah dengan mereka.

​

10. Elakkan berlaku pembaziran jika ada makanan berlebihan. Agih-agihkan kepada pada hadirin untuk dibawa pulang.

​

HUKUM FOTOGRAFI

Professional Camera

1. Apa hukum fotografi?


Hukum asal bagi gambar fotografi adalah diharuskan selagimana tidak terdapat unsur-unsur yang diharamkan dalam syariat Islam seperti untuk mengagungkannya. Pengagungan ini sama ada kerana agama atau dunia. Lebih-lebih lagi yang diagungkan itu adalah orang-orang kafir dan fasik dan artis-artis yang melampau.

​

2. Apa hukum mengambil gambar pengantin yang tidak menutup aurat?


Hukumnya adalah sama sepertimana hukum aurat antara lelaki dan perempuan. Perlu dibezakan antara tidak menutup aurat dan bertabaruj. Untuk jurufoto  muslimah, boleh mengambil gambar pengantin yang bertabaruj (berhias) asalkan menutup aurat.


3. Apa hukum menyebarkan gambar pengantin yang tidak menutup aurat untuk tatapan orang lain?


Gambar yang tidak menutup aurat hukumnya adalah haram juga untuk diperlihatkan kepada orang lain. Maka, haram menyebarkannya samada di internet, majalah, akhbar dan lain-lain. Selama mana gambar-gambar tersebut belum didelete, maka selama itulah jurufoto dan pengantin mendapat saham dosa. 

4. Halalkah rezeki yang saya perolehi hasil upah mengambil gambar pengantin atau model yang tidak menutup aurat?


Tidak halal untuk kes di mana pengantin tidak menutup aurat. Permintaan pelanggan tidak boleh dijadikan alasan untuk mengharuskan yang haram.

5. Apa hukum mengambil gambar pre-wedding?


Foto pra-perkahwinan pasangan pengantin baru Islam yang merakamkan aksi intim sebelum majlis akad nikah, dikategorikan sebagai budaya haram di sisi Islam. Yang menjadi isu ialah sentuhan antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin adalah haram kerana pasangan itu bukan muhrim kerana mereka belum sah dinikahkan.

6. Bagaimana dengan gambar pengantin yang sudah sah berkahwin berposing dan berpelukan?


Walaupun sudah sah sebagai suami isteri, itu tidak bermakna harus bercumbu-cumbuan, berkepit dan berposing secara berlebihan di atas katil untuk tatapan umum . Tidak salah berposing dengan mesra. Tapi jagalah batasannya agar tidak terlalu over dan boleh membangkitkan shahwat orang yang melihatnya.

​

​

​

​

disedut dari http://www.budakvanilla.com/2013/06/hukum-fotografi-dalam-islam.html

bottom of page