

Deli Rasa Catering & Events

PENGENALAN
Deli Rasa Catering & Events, yang diuruskan oleh syarikat Saujana Delirasa Catering (SA0489916-K) sudah lebih 6 tahun berpengalaman dalam memberikan perkhidmatan katering kahwin, korporat dan pelbagai. Alhamdulillah sudah ribuan pelanggan yang cukup berpuashati dengan rasa makanan kami, begitu juga dengan perkhidmatan yang diberikan.
Kami menyediakan pelbagai pakej katering sama ada yang bajet, ekonomi dan premium. Mengikut keperluan pelanggan, kami boleh menyediakan pakej makanan sahaja, pakej lengkap buffet, pakej lengkap buffet dengan peralatan dewan atau pakej lengkap buffet dengan kanopi juga pakej All-In.
​Kawasan yang kami liputi ialah seluruh Selangor, W.P. Kuala Lumpur hingga ke Slim River, Perak; Seremban, Negeri Sembilan; dan Temerloh, Pahang (mengikut terma yang ditetapkan). Bahkan, kami pernah menerima tempahan khas sejauh Johor Bahru.
Admin Delirasa Catering



