top of page

TERMA BAYARAN

BAYARAN

Berikut adalah terma bayaran kami yang mula dikuatkuasakan pada 28 Januari 2016.

10% - Pengesahan Tempahan / Tarikh Tempahan

80% - 45 hari sebelum tarikh majlis (tarikh terakhir)

10% - Sebaik penghantaran dibuat dengan penuh pada hari majlis

​

KAEDAH BAYARAN

1. Bayaran 10% dan 80% boleh dibuat secara tunai, bank-in, online transfer, kad debit atau kredit atau cek.

 

2. Bayaran akhir mesti dibuat secara TUNAI atau online transfer sahaja.

​

3. Akaun untuk bayaran ialah:

​

    MAYBANK 562991008923

    SAUJANA DELIRASA CATERING

​

POLISI PEMBATALAN

Sekiranya pelanggan membatalkan tempahan, deposit 10% tidak akan dipulangkan.

POLISI PERUBAHAN TEMPAHAN PAKEJ

1. Segala perubahan untuk menu sajian & bilangan pelayan hendaklah dibuat selewat-lewatnya 2 minggu sebelum majlis.

 

2. Perubahan item pakej selain menu dan makanan hanya dibenarkan selewat2nya 45 hari sebelum majlis.

2. Perubahan berbentuk penambahan item yang dibuat selepas 2 minggu sebelum tarikh majlis akan dikenakan caj tambahan. Perubahan berbentuk pengurangan tidak akan ditolak 100% dari jumlah kos sebut harga asal. Kadarnya bergantung pada pihak pengurusan.

PEMBAYARAN BALIK & TUNTUTAN GANTIRUGI

Walaupun syarikat sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk menyediakan makanan, peralatan dan perkhidmatan yang sebaiknya, sebagai manusia yang memang Allah jadikan tidak mungkin boleh sempurna, keadaan di luar jangkaan boleh berlaku (alhamdulillah, setakat ini kalau berlaku pun, hanya sekali sekala dan bukan pada item utama).

 

Apapun, syarikat memberi JAMINAN bahawa tidak ada satu pun kekurangan yang berlaku di mana-mana majlis adalah disengajakan atau sudah dijangka berlaku. 

​Sekiranya berlaku kekurangan sama ada pada makanan, peralatan atau perkhidmatan, pihak syarikat akan membayar balik (REFUND) senilai dengan kekurangan tersebut. Contohnya, sekiranya lauk yang diberikan tidak cukup 100 pax, maka syarikat akan membayar balik harga lauk 100 pax berkenaan kepada pelanggan.
​
​Syarikat tidak dapat membayar GANTIRUGI atas sentimen seperti malu kerana majlis kurang sempurna dsb, kerana ini adalah selaras dengan kaedah penghakiman dalam mahkamah-mahkamah sivil mahupun Syariah di dunia. 

CONTOH SURAT PERJANJIAN SYARIKAT-PELANGGAN

Untuk meneliti surat perjanjian antara syarikat Saujana Wedding Planner dengan pelanggan, sila download dari link yang diberikan.

bottom of page